MFWS bertemu mesra bersama jenama, rakan strategik Malaysia di Kuala Lumpur dalam rangka memperluas rangkaian sekaligus sebagai langkah mempromosi penganjuran Modest Fashion and Womenoreneur Summit (MFWS) 2024, suatu pertemuan mesra telah diadakan antara MFWS bersama beberapa jenama dan rakan strategik mereka di Kuala Lumpur.
Pertemuan mesra pada Rabu, 13 Disember 2024 julung kali itu diadakan di RasaNya Steamboat, Pavilion Elite, Kuala Lumpur, yang telah dihadiri oleh 25 peserta mewakili pelbagai jenama dan oganisasi bersama pihak pengelola MFWS 2024.
Antara yang hadir termasuklah Cotton Seri Shafa, SriCandy, Sacoor Pavilion, Qoda, Asosiasi Fashion Indonesia, Prominent Syntax, Alynz Dressy, Zayana Yazed Creations Academy & Atelier, Jendela Spa, Salome, Bujins L Batik, Mitt Hijrah Travel & Tours, Let Them Shine Group, Manjasuri Ent, Jeff Nickelson Advertising, Wardah Malaysia, pengamal media, serta agensi berita Suara TV, Utusan Malaysia, dan Oh Bulan.
“Pertemuan mesra ini merupakan acara mini dari MFWS 2024 untuk mempertemukan para kumpulan usahawan wanita untuk memperkenalkan acara kami. Kami juga ingin mulai membangun hubungan satu sama lain, antara kami(sebagai) penyelenggara dan peserta. Di sini kita saling berkongsi tentang cabaran dan persoalan yang lainnya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kalau ingin maju bersama, kita boleh membangun sebuah komuniti bersama-sama,” kata Ayu May Fakih, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kreasi Mode International, merangkap penganjur MFWS 2024.
Pertemuan tersebut menjadi detik penting dengan kehadiran dua watak penting yang diterbangkan khas dari Indonesia, Asma Nadia merupakan seorang penulis novel terkemuka dan Susan Emir seorang pengasas dan pemilik Rumah Sabine.
Meskipun sibuk dengan bidang masing-masing, kedua-dua tokoh wanita ini turut aktif dalam memperkasakan wanita termasuklah dalam fesyen busana santun.
Melalui pertemuan tersebut, selain dapat berdialog secara dua hala bersama Asma dan Susan, hadirin turut berkesempatan berinteraksi dan berdialog bersama tulang belakang MFWS 2024, Ayu May Fakih berkenaan visi dan misi MFWS.
Dalam dialog tersebut, Ayu menegaskan bahawa harapan dan cita-cita mampu dikecap bersama melalui jalinan kerjasama yang utuh melalui sebuah komuniti.
“Bagaimanapun keadaannya kalau kita punya sebuah komunitas, kita bisa saling berbagi, menitipkan harapan, membangun cita-cita bersama, dan potensi kolaborasi di masa depan. Harapannya teman-teman bisa terus membuka diri. Jangan malu sebagai pendatang baru,” katanya.
Menjelang penganjuran utama MFWS 2024 yang dijadual berlangsung pada 8, 9 dan 10 Febuari tahun hadapan, Kreasi Mode Internasional akan meneruskan jelajah pertemuan mesra sedemikian di pelbagai tempat.
Justeru, melalui pertemuan-pertemuan sedemikian, Ayu berharap semakin ramai usahawan wanita dapat menyertai komuniti berkenaan sebagai sebuah langkah sokongan antara satu sama lain untuk menempatkan diri mereka dalam industri yang kian mencabar.
“Bagi usahawan wanita, di manapun anda berada baik yang bergerak di bidang fesyen ataupun bukan fesyen, ayuh bergabung sama-sama di MFWS 2024. Mari kita saling berkenalan untuk bisa belajar satu sama lain dan bergandin tangan untuk menciptakan peluang ekonomi yang lebih baik,” tambah Ayu.
0 Comments