MFWS Kembangkan Usahawan Wanita dan Fesyen ke Peringkat Global

Kreasi Mode International memperkenalkan acara Modest Fashion and Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 dengan menggabungkan seramai 66 usahawan dunia dari wanita.

Sebanyak 22 negara telah menyertai MFWS 2024 ini, Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Kerjasama antara negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, China dan beberapa negara lain membawa rekaan berkonsepkan Muslimah ke peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ayu May Fakih, acara ini menggabungkan lebih ramai usahawan dalam bidang fesyen secara tidak langsung membuka peluang perniagaan di seluruh dunia.

‘’Kita mampu setanding jenama-jenama besar luar negara kerana kita ada komunitas pereka fesyen hebat yang berkaliber, setiap rekaan mereka seperti baju, tas tangan, gaun, kasut, aksesori malah alat mekap juga berkualiti dan sama hebatnya.

“Kami juga ingin mula membangun hubungan satu sama lain. Di sini kami saling berkongsi mengenai halangan dan pelbagai persoalan lain selain menegaskan bahawa kalau ingin maju sama-sama, kita harus bersatu,” Jelasnya.

Seramai 25 peserta dari pelbagai jenama perniagaan dan organisasi telah hadir dan memeriahkan dalam acara pertujukkkan fesyen tersebut.

Antara jenama yang terlibat Cotton Seri Shafa, SriC antaranya andy, Sacoor Pavilion, Qoda, Asosiasi Fashion Indonesia, Prominent Syntax, Alynz Dressy, Zayana Yazed Creations Academy & Atelier, Jendela Spa, Salome, Bujins L Batik, Buttonscarves, Fimela, Batik Trusmi, Wiwek Hatta dan banyak lagi. Tidak lupa juga selebirit tempatan Dayah Bakar sebagai duta kepada Wardah Malaysia yang turut menjadi penaja utama acara itu.

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *