MFWS 2024 Angkat Industri Fesyen Modest

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Modest Fesyen & Usahawan Wanita (MFWS) 2024 yang berlangsung di Hotel Intercontinental, di sini, bermula semalam sehingga 10 Februari mempamerkan keberhasilan dan potensi wanita dalam industri fesyen modest.

Dengan kehadiran usahawan wanita dari 60 buah negara, acara ini tidak hanya menampilkan pertunjukkan fesyen yang daripada 20 pereka busana ternama.

Sesi dialog tersebut menjadi platform bagi wanita untuk berkongsi pengalaman, strategi, dan gagasan tentang bagaimana memajukan bisnes di era global yang dinamis.

Antara ikon yang akan bersama dalam sesi dialog ialah penulis novel terkenal Asma Nadia; Irene Omar mantan Ketua Pengarah Operasi Air Asia Digital; Tya Ariffin Ketua Pengarah Operasi Mutyara Beauty dan ramai lagi ikon wanita yang berjaya dalam pelbagai industri.

“MFWS 2024 bukan hanya sekadar ruang untuk memamerkan keunggulan modest fashion, tetapi juga sebagai wadah untuk memperkuat peranan wanita dalam membangun ekonomi yang inklusif.

“Melalui berbagai kegiatan seperti bengkel dan seminar, acara ini memberikan kesempatan bagi para wanita pengusaha untuk membentuk kemahiran, bertukar idea, dan merencanakan masa depan yang lebih positif bagi industri modest fashion dan ekonomi secara keseluruhan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kreasi Mode International, Ayu May Fakih

“Dengan mewujudkan forum ini untuk sidang kemuncak usahawan wanita, mereka boleh berhubung antara satu sama lain,” tambah Ayu.

Pengurus projek MFWS 2024, Norasiah Jamil berkata, terdapat lapan rakan kerjasama untuk sidang kemuncak itu, termasuk Persatuan Fesyen Indonesia, Modest Fashion Australia, Modest Fashion. Selain, Manila, Majlis Fesyen dan Reka Bentuk Islam dari London, Persatuan Pejabat Keluarga di Asia dari Hong Kong, Scarf Media, hellobcr dan Dewan Fesyen Indonesia.

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *